HARI KEUSAHAWANAN
kategori Aktiviti SKSKI | author: skskiSKSKI dan PIBG SKSKI akan mengadakan Hari keusahawanan pada 3hb Oktober 2010 (AHAD) bermula pukul 9.00 pagi bertempat di SK Sungai Kechil Ilir.
Antara acara-acara menarik ialah :
1. Pameran dari agensi swasta dan kerajaan (Agensi AntiDadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan, Polis Trafik, TM Net, Fasilitator SchoolNet, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perpustakaan Desa, Hong Leong Bank BHD dan Produk Kesihatan)
2. Jualan makanan dan minuman.
3. Lagu-lagu permintaan
4. Kuiz ICT dan Online Education Game
5. Pertandingan mewarna bagi murid-murid prasekolah
6. Cabutan bertuah
Anda semua dijemput hadir ke Hari Keusahawanan untuk memeriahkan lagi suasana.
MAI!!! PAKAT MAI RAMAI2!!!
Selamat Hari Guru
| author: skskiSelamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru yang pernah menabur bakti dan yang sedang berkhidmat di SKSKI. Sesungguhnya bakti usaha guru-guru tidak mampu kami balas kecuali dengan doa yang berterusan semoga guru-guru dilimpahkan kurnia olehNya. Terima kasih Cikgu~

