Sumbangan Duit Raya & Hamper

|

Pihak prasekolah SKSKI telah memberi sumbangan hamper dan duit raya kepada para pelajar prasekolah pada 16 Sept 2009 yang lalu. Beberapa hadiah juga telah diberikan kepada para pelajar yang berjaya menghabiskan puasa mereka di bulan Ramadhan. Ini akan menggalakkan para pelajar lain untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan.

Para pelajar yang telah berpuasa penuh pada bulan Ramadhan yang lalu..

Tahniah diucapkan kepada mereka! Di harap dapat memberi galakan kepada kawan-kawan yang lain untuk berpuasa penuh.

BULI

|

BULI merupakan perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Siapakah yang sering membuli dan dibuli? Pembuli

  1. Pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam.
  2. Bertubuh besar, tegap dan tinggi.
  3. Melibatkan sekumpulan pelajar yang sebaya.
  4. Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
  5. Kejayaan membuli pelajar junior untuk menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.

Dibuli

  1. Pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah.

Kenapa mereka sering membuli?

  1. Faktor rakan sebaya.
  2. Rasa tidak puas hati.
  3. Mereka tidak pernah menjadi mangsa buli.
  4. Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik.
  5. Tidak berjaya dalam pelajaran, nakal dan mempunyai masalah disiplin.
  6. Akibat masalah keluarga.
  7. Sekadar mahu berseronok.
  8. Mereka bosan dengan sekolah.
  9. Iri hati pada mangsa.

Jenis-jenis buli

Buli fizikal

  1. Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
  2. Paling ganas boleh menyebabkan kematian.

Buli mental

  1. Lebih kepada ejek-mengejek.
  2. Sungguhpon kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.

Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli

  1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan matlumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli.
  2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli.
  3. Tindakan disiplin, merotan dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
  4. Perlu mewujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah.
  5. Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mensyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah.
  6. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

|

Seluruh warga SKSKI mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia mahupon juga perantau-perantau di luar negara. Semoga kehadiran Syawal yang bakal tiba akan mengeratkan lagi hubungan sesama insan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Majlis Perpisahan & Pertukaran Jawatan

|

Pada 20hb Ogos 2009 yang lalu, SKSKI telah mengadakan Majlis Perpisahan sempena persaraan kakitangan sekolah iaitu Encik Adzmi bin Salleh @ lebih dikenali dgn Abg Mie(Pembantu Tadbir) yang telah lama berkhidmat dengan pihak sekolah. Selain itu, majlis ini juga sempena pertukaran Cikgu Mansor bin Rahman (PK Pentadbiran) ke Sekolah Kebangsaan Dato' Hj Zainuddin, Serdang dengan jawatan yang sama berkuatkuasa pada 16 Ogos yang lalu. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sejak 16 Disember 2007. Warga SKSKI mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA dan SELAMAT BEKERJA di tempat baru.

Di tengah : Encik Adzmi bin Salleh yang akan bersara

Kata-kata perangsang dari Cikgu Mansor

Sedikit cenderahati dari pihak SKSKI.

Majlis ini juga sempena pertukaran jawatan Pn. Salmah bt Hamid iaitu PK HEM kepada jawatan baru yang disandang iaitu PK Pentadbiran. Manakala jawatan PK HEM diambil alih oleh En. Jamil b Ramli yang sebelum ini PK Kokurikulum. TAHNIAH dari warga SKSKI atas pertukaran jawatan tersebut.

Sedikit ucapan dari Pn. Salmah

Tak sabar nak makan dah ni!!!

Tip Mengelak Dari Menjadi Mangsa Jenayah Internet

|

  1. Dapatkan matlumat lebih lanjut mengenai keselamatan membeli-belah dalam talian, chatting, emel dan mesej remeh (spam) dan penipuan dalam talian.
  2. Matlumat mengenai keselamatan siber dan majalah keluaran CyberSecurity boleh dimuat turun melalui http://www.esecurity.org.my/bm/index.html
  3. Hadkan pembelian dalam talian. Pastikan laman web yang dilawati menggunakan piawaian keselamatan seperti SSL (Secure Socket Layer), iVEST dan tandatangan digital. Laman web menggunakan SSL memaparkan alamat seperti http://www/. (Cth: http://www.maybank2u.com.my/)
  4. Baca penyata penafian (disclaimer) sebelum mengisi sebarang borang dalam talian. Sebarang urusan atas talian yang sah mesti disertakan penyataan ini.
  5. Pastikan laman web e-dagang yang anda ingin berurusan mengemukakan ciri keselamatan terkini. Sila hubungi pengendali lawan web untuk kepastian.
  6. Iklan melalui pop-up window boleh dihalang dengan mengaktifkan pop-up blocker atau dengan meletakkan alamat laman web yang tidak ingin dilawati di penetap pelayar internet (browser setting).

Statistik Jenayah Siber

Jenayah yang dilaporkan kepada CyberSecurity (Jan-Nov 2007)

39% - Pencerobohan komputer

35% - Penipuan di internet termasuk phishing

17% - melibatkan kod berbahaya (malware), jenayah-jenayah lain seperti spam dan paket internet

"Hubungi Cyber999 jika anda rasa terancam"

Laman web : www.mycert.org.my

Tel : 03-8992 6969

Faks : 03-8945 3205

Emel : cyber999@cybersecurity.org.my

SMS : 019-281 3801

Kakitangan SKSKI

|

KAKITANGAN AKADEMIK
GURU BESAR
Tuan Haji Yusoff bin Hamzah
PK PENTADBIRAN
Pn. Salmah binti Hamid
PK HEM
En. Mazlan bin Md Saad
PK KOKURIKULUM
En. Mohd Nawar bin Said
GURU KELAS
6A1 - Ahmad Yani bin Saad
6A2 - Mansor bin Ahmad
5A1 - Abd Wahid bin Ayob
5A2 - Omar bin Mangsor
4A1 - Muhd Radhif bin Mat Deris
4A2 - Hairuniza binti Othman
4A3 - Iswardi bin Ismail
3A1 - Tan Tze Yuen
3A2 - Zainon bin Ibrahim
2A1 - Mohd Aznizam bin Abdullah
2A2 - Idris bin Shukor
1A1 - Maizatun binti Ismail
1A2 - Yusri bin Mohd Yusof
GURU KAUNSELING
Basri bin Mohd Idris
GURU DATA
Amirul Yadi bin Saidin
GURU ICT
Md Rani bin Omar
GURU JQAF
Mohd Yusoff bin Mat Isa
Asnidawati binti Mat Isa
Norhayati binti Yahaya
Nur Akhilah binti Halim
GURU AGAMA
Hasbullah bin Ku Ahmad
Zulkifli bin Ahmad
Nasarudin bin Desa
GURU PSS
Jamsiah binti Jaafar
GURU B.INGGERIS
Tan Tze Yuen
GURU PEMULIHAN
Nur Akmar binti Ahmad Anuar
GURU PRA SEKOLAH
Rosiah binti Abu Bakar
Anismazura binti Abdullah
GURU SAINS
Iswardi bin Ismail
GURU MATEMATIK
Idris bin Shukor
KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK
PEMBANTU TADBIR
Noorzaini binti Ahmad Fadzil
PAP
Robani bin Shafie
PPM (Pembantu Pengurusan Murid)
Rodziah binti Ahmad
Norsiah binti Abdullah

Solat Dari Sudut Kesihatan

|

  1. Sewaktu menunaikan solat, umat Islam wajib sujud dengan meninggikan punggung dan meletakkan dahi serta kepala mereka ke bumi. Berdasarkan kajian, semasa sujud keadaan jantung berada di kedudukan lebih tinggi daripada kepala dan ini memudahkan darah turun ke otak dibantu oleh tekanan graviti. Kesan daripada perlakuan tersebut menjadikan otak manusia semakin cergas kerana kadar oksigen yang dibekalkan ke otak meningkat.
  2. Solat juga membantu memantapkan sendi terutama bagi yang mengidap penyakit radang sendi kerana melalui solat dapat menggerakkan sendi-sendi badan termasuk tangan dan kaki secara sederhana.
  3. Kajian mendapati tidur selama lima jam pada setiap malam, jangka hayat mereka lebih lama berbanding dengan mereka yang tidur lebih daripada lapan jam. Justeru tidur seawal 11 malam dan bangun pada 5.30 pagi bagi menunaikan solat sunat dan Subuh adalah dikategorikan keadaan yang menyihatkan.

Tip Mendidik Anak Berilmu dan Berdisiplin

|

  1. Ibu bapa sebagai 'role model' dan bertindak sebagai 'ketua' dalam pendidikan anak-anak, manakala guru hanya sebagai 'pembantu' sahaja. Jadi pendidikan anak-anak tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada guru.
  2. Biasakan anak-anak dengan persekitaran masjid dan jadikan solat berjemaah sebagai amalan rutin. Oleh itu, anak-anak dapat bergaul dengan orang ramai seterusnya memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.
  3. Asuh anak-anak menjadi imam solat. Cara ini melatih mereka bertanggungjawab menjaga imej diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.
  4. Ubah persepsi 'ajaran Islam hanya boleh dipupuk dalam keluarga berkelulusan agama' kerana keluarga golongan profesional juga berupaya membentuk keluarga yang benar-benar berlandaskan Islam.
  5. Amalkan pemakanan yang halal dan elakkan makanan syubahah seperti makanan segera. Makanan yang halal dan baik itu akan menjadi darah daging.
  6. Sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah di atas segala usaha yang telak dilaksanakan. Semoga beroleh rahmat daripada Allah swt.

Sambutan Bulan Kemerdekaan & Di Ambang Ramadhan 1430H

|

Sek.Keb.Sungai Kechil Ilir telah mengadakan sambutan sempena Bulan Kemerdekaan dan Di Ambang Ramadhan 1430H pada 20hb Ogos 2009 iaitu hari Khamis di dewan sekolah yang dihadiri oleh semua murid-murid dan juga para guru. Sambutan Kemerdekaan dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik oleh semua hadirin dan disusuli oleh ucapan dari Cikgu Ekhlass yang menggantikan tempat Cikgu Mansor (Guru Penolong Kanan) yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut. Majlis diikuti dengan ucapan dari Puan Salmah iaitu PK HEM.
Ucapan dari Cikgu Ekhlass sempena Kemerdekaan Nyanyian lagu patriotik
Aktiviti diteruskan dengan Pertandingan Mewarna Tahap 1 (Tahun 1,2,3) dan Pertandingan Melukis dan Mewarna Tahap 2. (Tahun 4,5,6)

Para pelajar bersama hasil lukisan masing-masing

Selepas murid-murid rehat, Ustaz Hasbullah bin Ku Ahmad telah dijemput untuk memberi ceramah sempena sambutan bulan Ramadhan yang bakal tiba. Aktiviti diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pelajar yang telah memenangi pertandingan mewarna dan melukis.

Ceramah dari Ustaz Hasbullah Ku Ahmad

Antara para pelajar yang memenangi pertandingan mewarna dan melukis.Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya!!

Perpaduan Dalam Falsafah Pendidikan Negara

|

Falsafah Pendidikan Negara

  1. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
  2. Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama.
  3. Pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif.
  4. Memupuk perpaduan melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Falsafah pendidikan negara menggariskan, "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
Falsafah ini menggariskan tiga bidang utama yang meliputi aspek keperluan individu, negara dan ekonomi iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, perpaduan rakyat dan kemakmuran negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
Adalah hasrat kerajaan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf duniadan berkualiti untuk memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara. Pendidikan berperanan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan kekuatan rohani, moral dan etika ke arah mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik.

Perkenalkan Sains kepada Anak Anda

|

Sains adalah perkara semulajadi yang berada di sekeliling kita. Dedahkan anak anda dan biar mereka merasa, berfikir dan bertanya. Anda boleh mulakan dengan cara berikut :

  1. Barang permainan adalah pendedahan awal dalam bidang Sains. Dedahkan kanak-kanak lelaki ataupon perempuan dengan mainan seperti blok, mainan mekanikal, kereta dan lain-lain.
  2. Dapur adalah tempat pembelajaran yang paling sesuai. Ajarkan anak anda mengenai pelbagai jenis rasa dan jenis makanannya; makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat; pemanasan dan penyejukan makanan dan kemudian perlu dijelaskan prosesnya, libatkan anak anda dalam kerja penyediaan makanan.
  3. Jalankan eksperimen kecil semasa mencuci pakaian dengan menggunakan pencuci dan tidak menggunakan pencuci. Biar anak anda tentukan keputusan mana yang baik. Kemudian jelaskan. Apabila pakaian sudah kering, anda mungkin boleh menyoal anak anda apa yang berlaku kepada kain basah tadi.
  4. Pembelajaran melalui permainan seperti membuat khemah, istana pasir dan pelbagai binaan akan mendedahkan anak anda mengenai bentuk, warna, struktur muka bumi, saiz, gelap, cerah, pengukuran dan sebagainya.
  5. Taman permainan cukup menyeronokkan dan banyak yang boleh diajar kepada anak anda seperti kuasa graviti semasa bermain buaian. Anak anda juga boleh belajar mengenai tinggi/rendah, panjang/pendek, laju/perlahan, berhenti/mula, kehadapan/kebelakang, dan sebagainya. Jelaskan dengan ringkas. Dapatkan penjelasan daripada buku atau orang lain yang lebih mengetahui. Anda juga pasti teruja!!

SELAMAT MENCUBA!!

Pelajar Cemerlang 5A UPSR Tahun 2004-2008

|

Murid-murid yang mengharumkan nama sekolah sepanjang 2004 hingga 2008 dalam peperiksaan UPSR. Tahniah!!!

2008

Adilah Afif bt Mohd Khair (SBPI Kubang Pasu)

Siti Noor Najihah bt Mohd Fadzli (MRSM Trendak, Melaka)

Nabila Shariha bt Ismail (SMK Sultanah Asma, Alor Star)

2007

M.Amirul Asyraf b Shahrol Adli (SM Sains Sultan Muhammad Jiwa)

Nor Amira Fahira bt Shamsuri (SM Agama Baling)

Mohd Muaz b Sazlan (SMK Sultan Badlishah)

Sara Atielia bt Osman (SMK Sultan Badlishah)

Farah Hanis bt Mohd Fauzi (SMK Sultan Badlishah)

Norshuhada Atiqa bt Omanudin Baki (SMK Sultan Badlishah)

Mohd Thafiqurahman b M.Nasir (SMK Sultan Badlishah)

Razul Al Naim b Md.Kassim (SMK Sultan Ahmad Tajudin)

Mohd Afiq Asyraf b Mohamad (SMK Sultan Ahmad Tajudin)

Fakhrul Razzi b Hamid

Nor Syazana bt Mohd Zaki

2006

Khairani bt Mohd Khair (SM Sains Sultan Muhammad Jiwa)

Mohd Faiz b Sulaiman (SMK Sultan Badlishah)

2005

Amirah bt Ahmad Solehin (MRSM Transkrian)

Syazwani bt Umar Baki (MRSM Transkrian)

Khairiah bt Mohd Khair (MRSM Kubang Pasu)

Nor Anis Idayu bt Fauzi (SM Agama Baling)

Mohd Muizzudin b M.Nasir (MTD Sungai Besi)

2004

Sharifah NorAmalina Najwa bt Mohd Khalil

Razul Ibnu Ziad b Md.Kassim (SMK Sultan Ahmad Tajudin)

Latar Belakang Sek.Keb.Sungai Kechil Ilir

|

Persekolahan di Kampung Sungai Kechil Ilir ini bermula pada tahun 1910, di atas kesedaran seorang penduduk tempatan bernama Taib Bin Abdullah. Bilangan pelajar pada masa itu seramai 10 orang dan mereka belajar di sebuah rumah.
Pendidikan pada masa itu hanya menitikberatkan kepada membaca dan menulis sahaja. Enam tahun kemudian pihak kerajaan telah mengambilalih pentadbiran dengan menempatkan tiga orang guru untuk mengajar murid seramai 69 orang. Pada masa itu, persekolahan dijalankan di sebuah bangunan di Kampung Balai Lama.
Mengikut catatan, bangunan batu telah didirikan dalam tahun 1927 dengan tenaga pengajar seramai empat orang dan murid seramai 85 orang.
Pada zaman pemerintahan Jepun, bilangan murid yang dihantar belajar telah meningkat ke angka 163 orang di mana muridnya terdiri daripada 40 orang murid perempuan dan 123 orang murid lelaki dengan tenaga pengajarnya seramai 5 orang.
Bilangan murid terus meningkat dari tahun ke tahun dan dalam tahun 1957 sebuah bangunan tambahan yang mempunyai 4 bilik darjah didirikan. Bangunan ini dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Kaum Ibu U.M.N.O Malaya iaitu Tan Sri Fatimah Hashim. Pada masa itu murid telah menjangkau 219 orang. Tahun demi tahun, bilangan kemasukan pelajar makin bertambah hinggalah sekolah ini ditarafkan ke gred B.
Dalam tahun 1980, sebuah bangunan baru dua tingkat lengkap dengan pejabat telah siap dibina dan mula digunakan.Dalam tahun 1983, sebuah bangunan pasang siap telah didirikan untuk menggantikan bangunan tambahan dahulu kerana bangunan tersebut tidak sesuai digunakan lagi.
Pada tahun 1989, sebuah lagi bangunan tambahan yang mengandungi 4 bilik darjah dibina. Sekolah terus berkembang sehingga pada tahun 1994 ia dinaikan taraf ke gred A. Atas faktor, kekurangan pelajar pada tahun 1997 sekolah ini diturunkan semula taraf ke gred B. Tetapi pada 1 September 2002 sekolah ini dinaikkan taraf semula ke gred A.
Pada tahun 1990, sekolah ini berkembang lagi dengan terlaksananya Pendidikan Awal Kanak-kanak (Pra-Sekolah) bagi kanak-kanak yang berusia 6 tahun.Pada tahun 2003, sekolah terus berkembang dan bilangan pelajar terus meningkat mencecah seramai 546 orang pelajar. Bilangan kelas bertambah menjadi 15 kelas termasuk kelas Pra-Sekolah. Bangunan kantin yang sedia ada diperbesarkan pada bulan Oktober 2003.
Pada hujung tahun 2004, sebuah bilik darjah telah diubahsuai untuk menampung satu lagi kelas Pra Sekolah. Pada 2005 bilangan kelas Pra Sekolah telah ditambah menjadi dua.Pada tahun 2006 program j-QAF telah dilaksanakan di sekolah untuk murid-murid Tahun 1.

Piagam Pelanggan SKSKI

|

KAMI WARGA SEKOLAH DENGAN IKHLAS SERTA PENUH TEKAD BERSATU TENAGA BERIKRAR DAN BERJANJI BERUSAHA UNTUK:-

  1. Menyampaikan maklumat kepada orang ramai mengenai penerimaan kemasukan pelajar baru setiap tahun dan menerima pendaftaran kemasukan pelajar baru setiap tahun mengikut umur yang ditetapkan serta dapat belajar pada hari pertama sesi persekolahan dimulakan.
  2. Sebelum sesi pertama persekolahan, telah berusaha memastikan semua alatan, kelengkapan serta tenaga pengajar mencukupi seperti nisbah yang ditentukan.
  3. Sentiasa memberi tumpuan khas kepada perkembangan kurikulum sekolah, kokurikulum, keceriaan, iklim sekolah, PIBG, agensi-agensi lain dan wartikah-wartikah pendidikan.
  4. Berusaha meningkatkan profesionalisme keguruan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan KBSR dan sentiasa berusaha untuk kecemerlangan UPSR.
  5. Sentiasa menjaga kebajikan dan kepentingan warga sekolah dan pelanggan dari semua pihak dengan menguruskan kerja dengan cekap, cepat, bersih, amanah dan berkesan.
  6. Memberi tumpuan dan perhatian serius mengenai semua urusan, persuratan atau sebagainya dan PPD, JPN, KPM, atau agensi-agensi lain serta peka dan respon untuk mengambil tindakan yang positif.
  7. Bersedia serta sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran membina dari semua pihak.
  8. Berusaha ke arah mewujudkan insan seimbang kepada warga pelajar selaras dengan kehendak P & P.
  9. Sentiasa berusaha dari semasa ke semasa mempertingkatkan budaya murni selaras dengan kehendak wawasan pendidikan untuk kewujudan wawasan 2020.

Galeri

|

Gambar kawasan sekolah.

Misi

|

Misi sekolah

Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ilir akan berusaha:

  1. Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah dengan amanah, dedikasi, cekap dan berkesan.
  2. Menghasilkan murid yang cerdas dan cemerlang dalam kurikulum.
  3. Melahirkan murid yang aktif dan gemilang dalam kokurikulum.
  4. Mewujudkan prasarana yang sempurna, selamat, ceria dan kondusif.
  5. Menjalin hubungan siratulrahim yang berkesan dengan ibu bapa dan komuniti.

Info Sekolah

|

Alamat Sekolah :

Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ilir,

14390 Bandar Baharu,

Kedah Darul Aman.

No.Telefon / Fax :

04-5937537

Email :

skskilir@ppdkbb.net

Peta Lokasi :

View Larger Map

 

©2009 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KECHIL ILIR | Template Blue by TNB