Warga SKSKI mengucapkan TAKZIAH kepada Puan Salmah binti Hamid (PK Pentadbiran) di atas kematian suami beliau pada 13hb Oktober 2009 yang lalu. Semoga roh suami beliau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Diharap Puan Salmah bersabar dan tabah dengan apa yang telah Allah tetapkan. Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah suami beliau. Sesungguhnya ajal maut di tangan Allah swt dan setiap makhluk Allah di muka bumi ini suatu hari nanti tetap akan dijemput pulang..
KARNIVAL PRASEKOLAH
kategori Aktiviti SKSKI, Kejayaan, Prasekolah | author: skskiSek.Keb. Sungai Kechil Ilir telah menyertai Karnival Prasekolah anjuran PPD Kulim pada 8hb Oktober yang lalu bertempat di Sek.Keb. Taman Jelutong, Kulim, Kedah. Karnival ini telah disertai sebanyak 5 buah PKG(Pusat Kegiatan Guru). Prasekolah SKSKI telah mengambil bahagian di dalam acara Nyanyian & Gerakan dan pertandingan mewarna.

Seramai 12 orang telah dipilih untuk menyertai Nyanyian & Gerakan dan 2 orang pelajar telah dipilih untuk pertandingan mewarna. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi iaitu bermula dengan pendaftaran dan disusuli dengan acara-acara lain seperti Tarian, Nyanyian & Gerakan, Mewarna, Bercerita, Hafazan dan lain-lain lagi.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri
kategori Aktiviti SKSKI | author: skskiPada 30hb September 2009 yang lalu, SKSKI telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekolah. Pada sebelah pagi, murid-murid dan para guru datang ke sekolah seperti biasa meneruskan pembelajaran dan pada sebelah petangnya, murid-murid dan guru kelas masing-masing kembali ke sekolah untuk membuat persiapan sambutan hari raya tersebut.
Majlis bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir sekitar pukul 5.30 petang. Pihak sekolah telah menyediakan bihun goreng dan air untuk setiap kelas, tetapi ada juga di antara guru kelas dan murid-murid yang membawa makanan tambahan seperti laksa, kew tiau goreng, bihun goreng dan pelbagai lagi.





Guru-guru sedang menjamu selera.
Para pelajar bersalaman dengan Guru Besar iaitu Tuan Haji Yusoff Hamzah
Baju raya paling cantik..lengkap semua pink!
Langgan:
Catatan (Atom)