TAKZIAH

|

Warga SKSKI telah kehilangan seorang guru yg sgt disayangi iaitu Cikgu Ekhlass Bin Ibrahim yg telah kembali ke rahmatullah pada 21 November 2009 bersamaan 4 Zulhijjah 1430. Warga SKSKI mengucapkan TAKZIAH kepada Puan Nur Akmar binti Ahmad Anuar di atas kematian suami beliau semoga roh suami beliau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Diharap Puan Nur Akmar bersabar dan tabah dengan apa yang telah Allah tetapkan. Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah suami beliau. Sesungguhnya ajal maut di tangan Allah swt dan setiap makhluk Allah di muka bumi ini suatu hari nanti tetap akan dijemput pulang..

AL-FATIHAH...

Perjumpaan Waris & Jamuan Hari Raya Prasekolah.

|

18 Oktober 2009 - Prasekolah Sek.Keb.Sungai Kechil Ilir telah mengadakan perjumpaan antara waris dan para guru prasekolah. Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara guru dan ibubapa pelajar prasekolah. Disamping itu juga, para waris telah didedahkan kepada suasana sekolah dan perkembangan anak-anak mereka sepanjang berada di SKSKI oleh Guru Besar SKSKI iaitu Tuan Haji Yusoff bin Hamzah.
Tn.Hj. Yusoff memberi ucapan
Waris/Ibubapa yang hadir
Oleh kerana Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa, pihak prasekolah juga telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Tuan Haji Yusoff dan Cikgu Jamil tidak ketinggalan untuk menikmati juadah hari raya yang telah disediakan. Para waris, guru dan staf SKSKI juga telah dijemput untuk bersama-sama menikmati juadah yang disediakan.

Tn.Hj.Yusoff (Guru Besar) dan Cikgu Jamil (PK HEM) menikmati juadah

 

©2009 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KECHIL ILIR | Template Blue by TNB