Pada 11 Mac 2010 iaitu pada hari Khamis bertempat di Dewan Sek.Keb. Sungai Kechil Ilir telah diadakan Ceramah Agama sempena menghayati bulan Maulidur Rasul. Ceramah tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Izzat Hambali bin Hamzah iaitu Pengarah Konsultan Yayasan Pembangunan Muslim. Beliau diiringi oleh P.A beliau iaitu En.Muhammad Nasir Che Ros.
Sambutan Maulidur Rasul 2010
kategori Aktiviti SKSKI | author: skskiCeramah bermula pada pukul 11.30 pagi yang disertai oleh para pelajar tahun 4,5 dan 6. Sementara pelajar tahun 1,2 dan 3, mereka berada di kelas masing-masing untuk pertandingan mewarna gambar masjid sempena Maulidur Rasul. Setelah selesai pertandingan mewarna iaitu pada pukul 12.30 tgh hari, pelajar-pelajar tahun 1,2 dan 3 turut serta masuk ke dewan untuk mendengar ceramah.
Guru penyelaras program : Ustaz Hasbullah
Para pelajar tahun 4,5 dan 6
Pelajar tahun 1,2 dan 3 memenuhi dewan sekolah.
Semua pelajar kusyuk mendengar ceramah.
Pertandingan bercerita yang telah diadakan pada hari sebelumnya.
Pertandingan mewarna.
Penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna (tahun 1,2 dan 3), pertandingan bercerita (tahun 4,5 dan 6) dan pertandingan selawat (tahun 4,5 dan 6) telah diadakan sejurus selesai ceramah tersebut.
Pemenang pertandingan selawat.
Pemenang pertandingan bercerita dan mewarna.
Sukan Tahunan
kategori Aktiviti SKSKI | author: skskiSukan merupakan acara tahunan bagi Sek.Keb.Sungai Kechil Ilir, Bandar Baharu Kedah. Acara ini telah berlangsung pada 11hb November 2009 bermula dengan perhimpunan peserta iaitu pada pukul 8.30 pagi. Acara disusuli dengan kata-kata semangat dari Tn.Hj.Yusoff selaku Guru Besar SKSKI. Acara-acara yang dipertandingkan ialah lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru bagi tahun 3,4,5 dan 6. Manakala bagi tahun 1,2 dan prasekolah acara sukaneka telah dipertandingkan.
Acara Lontar Peluru
Acara Lompat Tinggi
Acara Tarik Tali
Sukaneka Isi Air Dalam Botol
Tn.Hj.Yusoff turut serta membantu dalam persiapan acara lompat jauh.
Cikgu Jamil (PK HEM) dan Cikgu Wahid membuat persediaan untuk acara tarik tali.
Peserta-peserta sukan
Hadiah-hadiah yang bakal dimiliki pemenang.
Juara keseluruhan bagi acara sukan tahun 2009 ialah Rumah Biru diikuti dengan Rumah Merah, Hijau dan Kuning. Tahniah diucapkan kepada semua ahli Rumah Biru dan kepada ahli-ahli rumah lain jangan berputus asa, cuba lagi di tahun hadapan.
Pertandingan Treasure Hunt antara Pelajar Tahun 6
kategori Aktiviti SKSKI | author: skskiPada 21hb Oktober 2009 yang lalu, Cikgu Roselinda Emmy dengan kerjasama fasilitator schoolnet; Puan Roshila telah menganjurkan satu pertandingan treasure hunt antara pelajar tahun 6 yang baru tamat menduduki peperiksaan UPSR.
Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar tahun 6 dan juga guru-guru yang terlibat. Disamping itu juga, para pelajar dapat merehatkan minda setelah beberapa hari bergelumang dengan buku-buku pelajaran.
Pendaftaran untuk kumpulan telah dibuka sejak 18hb Oktober 2009. Sebanyak 10 kumpulan telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir sekitar pukul 12 tgh hari. Setiap kumpulan perlu menempuhi 8 check point kesemuanya dan kumpulan pertama yang berjaya tiba ke check point terakhir dengan masa yang paling singkat dikira pemenang. Selain itu juga, pengadil yang berada di check point terakhir akan memastikan telur yang diberikan pada awal pertandingan masih berada dalam keadaan elok.
Antara gambar-gambar di sepanjang pertandingan tersebut:-
Check point pertama : Mencipta logo kumpulan
Check point ketiga : Crossword Puzzle
Check point kelima : Mengasingkan kacang hijau, beras dan kacang dal
Check point keenam : Meneka jumlah gula-gula dan kacang
Check point ketujuh : Menghias model menggunakan kertas surat khabar
Juara Keseluruhan : Kumpulan Experience Gurlz
Tahniah diucapkan kepada kumpulan yang berjaya. Nampaknya pertandingan ini telah dapat mencungkil bakat ramai pelajar dan mereka sangat 'enjoy' pada hari tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)