Thursday 14 November 2013

Penari SKSKI Semasa Majlis Graduasi Tahun 6 2013

Penari yang macam cantik je, macam comel je.

Wednesday 13 November 2013

Wajah Ceria Mengambil Slip Keputusan UPSR 2013

Tahniah kepada pelajar Tahun 6 2013 kerana berjaya dalam peperiksaan UPSR

Tuesday 22 October 2013

URL Ujian Sistem Analisis Kompetensi ICT Untuk Guru Sahaja

Semua guru diwajibkan menjawab 30 soalan ujian ini dalam masa 40 minit. Tarikh tutup ujian ini pada 31 oktober 2013. Sila klik pautan ini. http://ict-kpm.azurewebsites.net/default.aspx

Wednesday 26 June 2013

SKSKI 27/6/2013 KHAMIS SEKOLAH DIBUKA SEPERTI BIASA


SKSKI akan dibuka seperti biasa pada 27/6/2013 memandangkan indeks pencemaran udara semakin menunjukkan penurunan kepada yang lebih baik. Semua pelajar SKSKI datang ke sekolah seperti biasa. Sekolah ganti  3 hari disebabkan cuti jerebu ini akan diberitahu kemudian mengikut kesesuaian masa akan datang.


Laman Web Indeks Pencemaran Udara

Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai Indeks Pencemaran Udara (IPU) sila layari laman web ini : http://apims.doe.gov.my/apims/   

Jika IPU semakin menunjukkan penurunan maka kemungkinan besar esok sekolah akan dibuka semula. Nanti keputusan sebenar persekolahan SKSKI pada malam ini.

Tuesday 25 June 2013

SKSKI CUTI LAGI PADA 26/6/2013 DISEBABKAN JEREBU

Arahan daripada pihak atasan menyarankan supaya semua sekolah di daerah Klang ditutup sementara waktu pada 26/6/2013 disebabkan oleh jerebu yang masih pada tahap berbahaya iaitu melebihi IPU 300>.

Monday 24 June 2013

SKSKI CUTI 25/6/2013 SELASA DISEBABKAN JEREBU



Arahan terbaru berdasarkan kepada Akhbar KPPM jam 7 malam. dari Timbalan Pengarah JPN Selangor. Hanya sekolah di Daerah Klang sahaja cuti pada 25/6/2013 Selasa. Ini berdasarkan bacaan IPU melebihi 300 sekolah wajib tutup. Bacaan IPU 250-300 perlu merujuk KPM untuk ditutup. Manakala kawasan IPU 250 ke bawah sekolah perlu dibuka semula. Hanya daerah Klang sahaja sekolah cuti kerana IPU melebihi 300. Lain-lain daerah sekolah dibuka seperti biasa. Boleh rujuk IPU di Laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. : http://www.nre.gov.my/malay/pages/IPU.aspx

Wednesday 12 June 2013

PERMOHONAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) 2013


Permohonan Program Pensiswazahan Guru bermula pada 10 Jun 2013 hingga 14 Julai 2013.
Sila isi borang permohonan secara online di : http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg2013/permohonan/index.cfm

Thursday 9 May 2013

SEKOLAH GANTI PADA 11/05/2013 SABTU INI DIBATALKAN

Sekolah ganti sempena pilihanraya PRU-13 2013 yang sepatutnya berlangsung pada hari sabtu 11/05/2013 ini dibatalkan. Oleh yang demikian kerjasama daripada pihak tuan puan untuk memastikan anak tuan / puan tidak hadir pada hari Sabtu ini 11/05/2013 di SK Sungai Kapar Indah. 

Tuesday 30 April 2013

KEM KELAB DR. MUDA SKSKI DI PUSAT SAINS NEGARA

Perkhemahan Kelab Doktor Muda diadakan di Pusat Sains Negara pada 26 hingga 27 April 2013 yang lepas. Tahniah kepada semua ahli doktor muda yang telah menamatkan perkhemahan tersebut dan telah mendapat sijil penyertaan perkhemahan.

Saturday 13 April 2013

Tahniah Kepada Pemain Softball SKSKI 2013

Pada 9 April hingga 11 April yang lalu Pemain Softball Perempuan SKSKI telah berjaya menduduki tempat Ke 3 pada Perlawanan Softball Peringkat Daerah Klang yang bertempat di SK Tok Muda. Tahniah kepada mereka kerana telah mengharumkan nama SKSKI. Terima kasih juga kepada Pemain Softball Lelaki SKSKI yang juga bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan Softball walaupun di tempat yang ke 5.